Berita Alumni

    Hospital Serdang - 21 Februari 2024 bersamaan dengan 11 Shaaban 1445H telah kembali kerahmatullah Allahyarham Amirul Halish bin Azhar yang merupakan mantan Presiden Nadi Lughah Sesi 2022/2023 yang disebabkan oleh kemalangan. Allahyarham akan bergraduasi pada konvokesyen ke 27 tahun ini.

    Universiti Islam Selangor diwakili oleh Timbalan Naib Canselor HEPA dan Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam (FPPI) menziarahi keluarga dengan memberi bantuan serta sumbangan bagi pengurusan jenazah di Hospital Serdang.

    Alhamdulillah, terima kasih kepada semua alumni KISDAR-KUIS-UIS yang menyumbang melalui Tabung Dana Alumni. Sumbangan anda amat bermakna dan dapat meringankan beban alumni yang memerlukan bantuan dan sokongan. Jom menyumbang melalui TABUNG DANA ALUMNI bagi tujuan manfaat kepada Alumni KUIS, pelajar KUIS, komuniti dan penyumbang. sumbangan boleh disalurkan melalui link https://toyyibpay.com/TABUNG-DANA-ALUMNI

     

    1