Berita Alumni

    19 Julai 2024, Universiti Islam Selangor melalui Bahagian Alumni telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Usrah Associates PLT dalam usaha menjalinkan kerjasama strategik bagi memberi alternatif kepada staf, pelajar, komuniti dan Alumni UIS untuk menyumbang kepada Tabung Dana Alumni melalui instrument takaful dan servis. Tabung Dana Alumni ini adalah suatu inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu Alumni UIS yang ditimpa musibah seperti kematian, kebakaran, kemalangan dan lain-lain.

    MoU disempurnakan oleh YBhg. Dato' Professor Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, Naib Canselor, UIS turut disaksikan oleh Dr. Abdul Razif Bin Zaini, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, UIS. Manakala Usrah Associates PLT diwakili oleh Tuan Haji. Samian Bin Senin (Ift), Pengurus Agensi Kumpulan, dan disaksikan oleh Encik Abdul Rahim Shafiq Bin Abd Razak ,Penolong Pengurus Unit Usrah Associates dan juga merupakan Alumni UIS tahun 2016.