Objektif
-
Memupuk semangat cintakan alma mater dengan menyumbangkan kepakaran dan kemahiran serta kewangan bagi membangunkan kecemerlangan universiti.
-
Mengumpul maklumat graduan bagi mengenalpasti kebolehpasaran graduan universiti dalam memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
-
Mengeratkan hubungan silatulrahim yang sedia wujud bagi mengalakkan sumbangan khidmat ummah alumni kepada UIS.
-
Menjadi pemudahcara bagi penyampaian maklumat yang terkini dan berkesan.
-
Membantu dan menyokong alumni membangunkan dan menyebarkan minda dermawan dan keusahawanan di universiti.
Fungsi
Bahagian Alumni berfungsi berdasarkan Pelan Hala Tuju Alumni Universiti Islam Selangor (UIS) yang mengetengahkan lima (5) teras utama yang menjadi tunjang:
TERAS 1: PENGESANAN ALUMNI (PEMERKASAAN DATA ALUMNI)
-
Keutamaan adalah untuk meningkatkan Pengesanan Alumni serta melengkapkan data kerjaya di dalam Sistem e-Alumni /Portal Alumni bagi menjadikan Sistem e-Alumni /Portal Alumni sebagai data alumni yang lengkap bagi panduan dan rujukan kepada universiti. Pengesanan secara proaktif, strategik dan bersepadu dirangka bagi merealisasikan perkara ini.
TERAS 2: KETERLIBATAN DAN JARINGAN ALUMNI
-
Bertujuan memastikan hubungan baik antara universiti dan alumni dapat diperkukuhkan dan diperluaskan. Kerjasama strategik dengan alumni melalui perkongsian ilmu dari alumni yang mempunyai syarikat. Membantu alumni yang mempunyai isu kerjaya bagi peningkatan peratusan kebolehpasaran graduan universiti.
-
Hubungan baik tersebut dapat memberi manfaat dari segi pewujudan peluang pekerjaan, membantu dalam peningkatan kemahiran insaniah pelajar.
TERAS 3: PENJANAAN DANA (SUMBER KEWANGAN)
-
Menyedari keperluan untuk meningkatkan sumber kewangan bagi menambah pendapatan Tabung Dana Alumni. Universiti akan melaksanakan beberapa perkara bagi tujuan tersebut.
-
Mewujudkan perspektif positif dalam kalangan alumni berkenaan hala tuju alumni UIS.
-
Mewujudkan hubungan strategik antara universiti dan alumni yang dapat membantu kepada pembangunan dan kelestarian universiti melalui penjanaan dalam pelbagai kapasiti.
-
Mewujudkan saluran khas kepada alumni untuk menyalurkan dana dan sumbangan untuk memberikan sumbangan tanpa had minimum bagi tujuan manfaat penyumbang, alumni, pelajar dan komuniti.
TERAS 4: JARINGAN PERHUBUNGAN
-
Menyedari keperluan untuk membangunkan alumni yang kukuh, UIS akan memulakan kerjasama yang strategik dan lestari melalui program yang lebih meluas bagi memupuk kesetiaan kepada universiti asalnya.
-
Mewujudkan dan mengukuhkan perkongsian jangka panjang dengan Alma mater, membina rangkaian Alumni yang kukuh dan melibatkan Alumni dalam pembangunan berterusan universiti.
TERAS 5: KEBAJIKAN ALUMNI
-
Universiti juga mempunyai tanggungjawab dalam menjaga kebajikan alumni bertepatan dan seiring dengan objektif Bahagian Alumni.
-
Meningkatkan rasa kebersamaan dan kepunyaan, meningkatkan rasa ambil berat dan ambil peduli di kalangan alumni, mewujudkan rasa tanggungjawab kepada komuniti serta memupuk rasa keperihatinan di kalangan Alumni. Ini adalah elemen yang perlu diperhalusi dan dirangka program pelaksanaan bagi memastikan objektif dan hasrat dapat dicapai.