14 Jun 2024 - Ziarah alumni telah diadakan bagi menyantuni pelajar alumni dari Fakulti Sains Sosial (FSS) saudara Shah Muhammad Harithah Harudin & isterinya Nor Nabilah Husna Azizi daripada Jurusan Komunikasi yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Sesi ziarah ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNCHepa) Dr. Abdul Razif Zaini, Ketua Bahagian Alumni UIS, Puan Junizah Mardianah Jaafar, Timbalan Dekan HEPA FSS, Dr Hazlin Falina Rosli dan Pembantu Tadbir Bahagian Alumni, Puan Wan Roslena. Selain itu, sumbangan juga telah disampaikan dalam sesi ziarah tersebut.
Lawatan ziarah ini merupakan satu langkah penyantunan yang penting bagi alumni UIS yang ditimpa musibah. Kehadiran Timbalan Naib Canselor HEPA, Bahagian Alumni UIS, dan Timbalan Dekan HEPA FSS menunjukkan sokongan dan keprihatinan yang diberikan kepada alumni FSS khususnya.
Didoakan semoga saudara kembali pulih dan sentiasa dipermudahkan urusan.