Program Alumni

    Bahagian Alumni dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB) sebagai AJK Program telah menganjurkan Majlis Jalinan Mesra UIS Bersama Alumni Negeri Sarawak sebagai usaha memperkasakan hubungan alumni pada 9 Julai 2024 bertempat di Hotel Serapi, Kuching Sarawak dengan kehadiran seramai 60 orang alumni UIS.

    Tujuan utama majlis makan malam ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan membentuk jaringan kerjasama supaya dapat melibatkan alumni dalam usaha memberi sumbang bakti kepada Universiti samada dalam bentuk perkongsian ilmu, promosi, kepakaran dan lain-lain sumbangan selain dapat memupuk permuafakatan, ukhuwah dan semangat kekitaan di kalangan alumni dan pihak Universiti selaku warga UIS.

    Semoga program yang dijalankan dapat mengeratkan hubungan yang kukuh bersama alumni KISDAR-KUIS-UIS dan akan terus memberi manfaat kepada universiti terutamanya pelajar. Pembabitan alumni dalam menyokong dan memberi sumbangan secara sukarela kepada universiti adalah penting bagi mengekalkan serta mengembangkan pembangunan universiti.

    Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir memberi sokongan.