Bahagian Alumni, UIS telah menerima kunjungan dari pihak Aero Synergy Services Sdn Bhd pada 20 Ogos 2024. Pihak Aero Synergy Services Sdn Bhd yang terletak di Bandar Putri, Bangi telah menawarkan penempatan latihan kerjaya graduan bersama industri sebagai pelatih ‘Protege’.
Ianya juga merupakan salah satu inisiatif bagi memberikan peluang kepada graduan bagi merasai pengalaman pekerjaan sebenar melalui penempatan pekerjaan dalam tempoh 8 bulan sebelum graduan memasuki alam pekerjaan sebenar. Selain itu juga program ini mampu meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan UIS.