Projek Ruangan Alumni

    Cadangan permohonan ruangan alumni dan pembinaan Alumni Wall of Fame ini merupakan inisiatif Bahagian Alumni untuk menyediakan ruangan khas bagi memaparkan senarai ikon alumni yang dilantik. Cadangan ini juga adalah untuk menambah baik kemudahan ruangan untuk pelajar sedia ada. Inisiatif ini juga adalah untuk mewujudkan hubungan strategik antara universiti dan alumni yang dapat membantu kepada pembangunan dan kelestarian universiti melalui penjanaan dalam pelbagai kapasiti.

    Cadangan lokasi bagi permohonan ruangan alumni adalah di ruangan Garlic Stage. Lokasi melibatkan dinding bagi pembinaan ruangan Alumni Wall of Fame serta ruang legar yang ditambahbaik bagi kemudahan pelajar.

    Kemudahan dan fasiliti adalah dalam bentuk pentas baharu menggantikan pentas lama sedia ada, kerusi santai dan kemudahan-kemudahan lain berdasarkan jumlah tajaan dan sumbangan yang diterima.

    Bagi kos pembinaan Alumni Wall of Fame adalah dengan anggaran belanja sebanyak RM30,000 dengan berdasarkan permohonan melalui tajaan dan sumbangan Alumni.

    Kemudahan dan fasiliti akan ditandakan dengan nama Tajaan dan Sumbangan: Alumni KISDAR-KUIS-UIS atau penaja yang menaja berdasarkan permintaan pihak penaja.

    sumbangan alumni