Program

 

Penyerahan Sumbangan

Penyerahan terakhir kepada PN. NORASHIKIN BINTI AZMI diwakili oleh suaminya pada 8 ogos 2022. 

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil

Program ini telah diadakan pada 26 Julai 2021 bersamaan 16 Zulhijjah 1442 Hijrah. Bermula pada jam 8.00 malam sehingga 9.00 malam. Majlis Bacaan Yasin ini telah dipimpin oleh Encik Muhammadon. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mendoakan keselamatan ahli PERKIS, warga KUIS, ahli keluarga dan rakyat Malaysia secara amnya.

Sumbangan Food Bank dari JAWI

Sesi sumbangan Food Bank telah dijalankan di Dewan Mahasiswa kepada Ahli PERKIS yang terpilih pada 19 Mac 2021 (Jumaat).

 

Sesi Serahan Hadiah Hari Lahir dan Sumbangan Kepada Ahli PERKIS

Pihak PERKIS telah menganjurkan sesi serahan hadiah hari lahir dan sumbangan kepada ahli PERKIS pada 4 September 2020 (Jumaat) bertempat di Bilik Bunga Anggerik. Pelbagai barangan keperluan harian dan hadiah cenderahati telah diserahkan kepada ahli PERKIS dan wakil yang hadir. Semoga sumbangan ini dapat memberikan manfaat kepada penerimanya, InShaaAllah.

   

Sumbangan Kilat Khas Atas Kematian Ayah

Sesi serahan sumbangan kilat khas telah diberikan kepada Puan Hajjah Hasdillah Hasim dan Puan Rusmiha Othman atas pemergian ayahanda tercinta yang telah kembali ke Rahmatullah. Tabung sumbangan kilat khas telah dibuka semasa sesi serahan hadiah hari lahir dan sumbangan kepada ahli PERKIS.

  

Mesyuarat Serahan Tugas

Satu sesi serahan tugas telah dilaksanakan pada 17 Julai 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Pengurusan. Sesi ini memberikan ruang dan peluang kepada semua Ahli Jawatankuasa PERKIS samada yang baharu atau yang lama untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dalam mengendalikan persatuan ini.