Pengenalan
PERKIS adalah persatuan yang bernaung di bawah KUIS. Sebuah persatuan yang ditubuhkan khusus untuk kakitangan pentadbiran di KUIS. Seramai kira-kira 53 orang lelaki dan 87 orang kakitangan wanita yang telah menyertai persatuan ini.
Tujuan/Matlamat
1. Merapat dan mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli yang juga kakitangan KUIS.
2. Menjaga kebajikan ahli-ahli.
3. Menganjurkan program-program untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli.
4. Mengadakan hubungan luar atau program-program kerjasama dengan organisasi luar bagi memberi peluang ahli-ahli menimba pengalaman dalam bidang pentadbiran.
k