BERITA BAIK KHUSUS UNTUK LULUSAN DIPLOMA IPTA & IPTS MALAYSIA!

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) amat mengalu-alukan permohonan dari lulusan Diploma IPTA & IPTS seluruh Malaysia untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (ISM) KUIS. Terdapat pelbagai bidang pengajian ISM yang sesuai untuk di pilih.

Semua lulusan Diploma dari IPTA dan IPTS Malaysia yang berjaya menyambung pengajian di peringkat ISM KUIS adalah LAYAK untuk memohon kemudahan PEMINDAHAN KREDIT.

Jumlah maksimum pemindahan kredit yang boleh dimohon/ diluluskan ialah 30% daripada jumlah keseluruhan jam kredit bagi sesuatu program akademik.

Sebagai contoh, bagi program ISM yang mempunyai jumlah keseluruhan jam kredit 120 unit (bersamaan dengan 7 atau 8 semester pengajian), pemindahan kredit kredit yang boleh dimohon/ diluluskan ialah sebanyak 36 unit (bersamaan dengan 2 semester pengajian).

Ini bermakna, pelajar telah berjaya mengurangkan tempoh pengajian dan menjimatkan  perbelanjaan (yuran pengajian, yuran asrama, kos sara hidup) yang perlu disediakan.

Jadi... jangan tunggu lagi! Permohonan kemasukan pelajar baharu boleh dibuat secara online di http://onlineapp2.kuis.edu.my.

 

 

proses 2014
 

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).