IJAZAH SARJANA & IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PHD)
Di sini tenaga profesional muslim dilahirkan. UIS sebagai peneraju tradisi ilmu, merupakan sebuah institusi yang mengutamakan pembentukan peribadi ke arah jiwa yang mukhlis, mukmin yang mengabdikan seluruh diri dan hidupnya kerana agama, dan muslim yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi seterusnya menjadi hamba Allah SWT yang bertaqwa. UIS sentiasa menyajikan pendidikan holistik berfokus kepada pembangunan sahsiah, bi'ah solehah, khidmat ummah, qudwah hasanah, kecemerlangan akademik, dan pembentukan insan taadib. | ||
MUHAMMAD AFIF AFNAN BIN MOHD FADHLI |
Terima kasih UIS kerana telah memberi peluang untuk saya mengembangkan potensi diri serta membina jaringan bersama institusi-institusi luar dengan bantuan daripada penyelia, pensyarah, fakulti dan warga Pusat Pengajian Siswazah yang sangat menyokong sepanjang pengajian ijazah kedoktoran di sini. Alhamdulillah, 'pengalaman mahal' di sini telah membawa keyakinan saya untuk terus berkhidmat menabur bakti kepada anak watan dan ummah. |
||
NABILAH HUDA BINTI ZAIM |
IJAZAH SARJANA MUDA
Saya sangat bersyukur dicampak oleh Allah ke satu tempat yang mempunyai satu persekitaran yang sangat baik. Suasana yang sangat membantu untuk menjadi orang yang lebih baik. Dulu zaman belajar sekolah menengah, saya sering ditakutkan dengan kejutan budaya bilamana masuk ke zaman universiti. Tetapi saya sangat bersyukur kerana UIS merupakan satu universiti yang mempunyai bi'ah solehah. Mana nak jumpa universiti yang selalu buat pantauan terhadap pakaian pelajar perempuannya. Warden pusing asrama lelaki pada setiap Jumaat bagi memastikan semua pelajar lelaki turun pergi solat Jumaat. Selain itu, aspek yang sangat besar; yang telah memberi pengaruh besar pada siapa saya hari ini iaitu pensyarah yang sangat membantu. Pensyarah yang sangat mesra dengan pelajar, menjadi salah satu sebab saya terus bersemangat meneruskan pengajian. Dulunya saya sambung program pengajian ini tanpa ada rasa minat. Tetapi para pensyarahlah yang telah mengubah rasa itu. Jazakumullahu khairan kasira buat semua pensyarah dan juga pihak pentadbiran. | ||
SYAURAH BT ISHAK |
I am Syuruf from Indonesia, a proud alumnus of Selangor Islamic University (UIS). My time at UIS was an unforgettable experience that shaped me into the person I am today. The university's Islamic environment, excellent facilities, and dedicated lecturers provided me with a supportive and enriching learning environment. I was able to thrive academically and personally, and I made lifelong friends along the way. Through extracurricular activities and clubs, I gained valuable leadership, teamwork, and problem-solving skills. I also learned to be more open-minded and tolerant of dierent cultures and beliefs. My time at UIS was truly transformative. I am grateful for the opportunities I had to grow and learn, and I am condent that my UIS education has prepared me for success in my future endeavors. If you are looking for a university that will challenge you academically, nurture your personal growth, and help you develop into a well-rounded individual, then I highly recommend Selangor Islamic University (UIS). |
||
SYURUFIRRAHMI |
UIS adalah institusi yang sangat lengkap dan syumul dari pelbagai aspek. Layak untuk dipilih dengan apa yang ditawarkan adalah aspek keagamaan yang disertakan bersama praktikaliti dan teori dalam sesuatu bidang. Untuk pengalaman saya, saya berasa sangat puas dan gembira dengan segala sudut modul pembelajaran yang ditelitikan dan prasarana yang disediakan. Malah, peralatan penggambaran di UIS adalah lebih canggih daripada industri kebanyakan di luar kini. Jadi dengan itu, bakat dan ilmu dapat diasah dan digunakan dengan baik sehinggakan produk UIS kini menjadi kualiti terbaik dalam diri saya untuk saya sumbangkan dalam kerjaya saya sendiri baik dalam industri mahupun dalam pembelajaran saya di master pada masa kini. UIS adalah titik di mana kerjaya saya bermula. Life is a matter of choices and every choice you make, makes you. | ||
ASNA ZUKRINA BINTI AHMAD ZUKNI |
Sepanjang saya belajar di UIS bermula daripada Asasi Pengajian Islam dan disambung dengan Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-undang, UIS merupakan satu institusi pendidikan yang kompeten untuk melahirkan graduan-graduan yang telah bersedia untuk memenuhi bidang-bidang pekerjaan khususnya dalam bidang kerjaya saya iaitu guaman syarie. |
||
NUR AQILAH BINTI ZABIR |
UIS membolehkan saya bina diri dari melalui sistem akademik dan penglibatan luar akademik saya yang lain tanpa mengkompromikan sudut agama dan holistik. | ||
MUHAMMAD AMIRUL FARIS BIN AHMED SHUKERI |
Suasana UIS sangat membantu pembelajaran saya, para pensyarah yang sangat berdedikasi dan sedia membantu serta meluangkan masa untuk pelajar, sahabat yang selalu memberi sokongan dan motivasi, persekitaran yang tenang dan sangat menjaga Ikhtilat mahasiswa. UIS juga banyak menyediakan bantuan bagi mahasiswa yang kurang berkemampuan, samaada dalam bentuk kewangan seperti tajaan, zakat, pinjaman, ataupun bantuan dalam bentuk makanan harian seperti food bank. Alhamdulillah, dengan bantuan ini saya dapat menamatkan pembelajaran saya dengan cemerlang. Di UIS juga, mahasiswa diberi peluang untuk terlibat aktif dalam persatuan dan mengadakan program. Di samping dapat menambah ilmu pengetahuan sepanjang sesi kuliah, mahasiswa juga dapat membentuk peribadi dan menambahkan kemahiran diri. Banyak yang saya pelajari sepanjang penglibatan saya dalam beberapa persatuan di sini dan pengalaman ini sangat membantu saya ketika di dunia pekerjaan sekarang. Walaupun masih banyak yang perlu ditambah baik, tapi secara keseluruhan saya berpuas hati sepanjang saya berada di UIS. Kerana tiada tempat yang sempurna tanpa kekurangan di dunia ini. Bukan kekurangan yang kita nilai, tetapi kelebihan dan peluang yang ada untuk dicari. |
||
MUHAMMAD ISKANDAR ZULKARNAIN BIN HUSAINI |
Choosing UIS for my studies was the best decision I ever made. The unwavering support and guidance provided by experienced, caring, and approachable lecturers have made the learning experience at UIS incredibly enjoyable. Throughout my 4 years here, I have undergone remarkable personal growth, discovering and unleashing my maximum potential through the opportunities given by the University and active participation in various activities. UIS has played a crucial role in improving my Ibadah and deepening my understanding of the religion. The endless Islamic programs and the presence of qualied Asatizah have greatly contributed to my spiritual development. UIS stands as a beacon of knowledge and self-growth, a place that has given me hope and second chances to be a better person. I came here feeling lost and not knowing what to do with life, but I am leaving UIS with a heart that is led with contentment and gratitude. Alhamdulillah for the path that has led me to UIS. Thank you UIS! |
||
KHAIRUNNISA BINTI KHAIRULNIZAM |
Saya seronok belajar di UIS dan saya bersyukur mempunyai pensyarah-pensyarah yang banyak membantu saya dan pelajar-pelajar lain dalam menimba ilmu terutamanya pensyarah dari FMKK. Antara kenangan terindah saya di UIS adalah, dapat mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam pelajaran walaupun saya sangat aktif terlibat dalam program dan persatuan di dalam UIS. Kualiti kepimpinan dan kemahiran insaniah juga penting untuk melahirkan pelajar yang berwibawa. Suasana persekitaran di dalam UIS sangat selesa, rakan-rakan dan pensyarah yang peramah, mudah didekati, 'supportive' dan 'sporting' serta silibus-silibus yang berkualiti memudahkan saya menyesuaikan diri di dalam UIS disamping terdapat pelbagai program-program menarik yang dianjurkan warga UIS tidak kira dari pelajar, pensyarah mahupun staf. Di UIS juga saya belajar banyak 'skill' baharu yang menyumbang kepada perkembangan kerjaya saya sekarang. Terima kasih UIS atas kenangan terindah dari 2014 hingga 2021. Jom masuk UIS! | ||
AMALIA BINTI AHMAD |
Belajar di UIS sangat menarik dan para pensyarah banyak membantu pelajar untuk terus belajar sehingga ke akhir semester. | ||
NUR DAYANA BINTI MOHD KHALIL |
DIPLOMA
Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menyambung pelajaran saya di Universiti Islam Selangor (UIS). Sepanjang sesi pembelajaran di UIS, pensyarah-pensyarah sangat arif bukan sahaja dalam aspek akademik, malah turut peka dalam aspek kerohanian. Aktiviti mentor-mentee yang dianjurkan sangat membantu untuk merapatkan hubungan antara pelajar dan pensyarah, dan membimbing kami dari awal sehingga graduasi. Dari segi aktiviti ko-kurikulum, saya amat gembira dapat menyertai pelbagai persatuan dan program yang menarik yang terdapat di UIS. Melalui penyertaan tersebut, saya dapat meningkatkan nilai kemahiran saya dalam pelbagai aspek seperti teknikal, komunikasi dan nilai kerjasama. Suasana di UIS pula sangat mesra kepada mahasiswa/wi sama ada dari segi akademik, kokurikulum mahupun untuk aktiviti kerohanian. Sejujurnya saya sangat rindukan hari-hari saya ketika belajar di sini. Bermacam-macam pengalaman, cabaran, ilmu dan kenangan yang saya dapat sepanjang berada di bumi KUIS. Elemen-elemen yang saya bawa dari sini telah saya aplikasikan untuk kehidupan sekarang serta menjadikan saya seorang manusia berguna pada hari ini. Terima kasih UIS, pensyarah, dan rakan-rakan MS36 saya untuk segala kenangan yang tercipta sepanjang berada di sini dari 2017 hingga 2020. |
||
MUHAMMAD HANIS BIN AHMAD FAUZI |
Antara pengalaman menarik yang sentiasa saya ingati semasa belajar di UIS ialah pensyarah-pensyarah yang sangat baik dan komited dalam memberi ilmu terutamanya pensyarah di Fakulti Syariah dan undang-undang. Persekitaran yang sangat menenangkan, setiap kali saya melawat UIS saya pasti akan merindui suasana tenang tersebut. | ||
NUR IZZATI BINTI ROSLAN |